Friday, June 24, 2011

Covered up story

Oleh kerana ramai noh yang dok tanya tentang perubahan aku, meh aku story step by step, orait bebeh? :)

Once upon a time Actually dah lama dah niat dihati nak pakai tudung, since matrik lagi. Masa tu 2nd semester, aku kena amek subject Agama Islam. Bila sebut kelas Agama Islam, opkos ah kan kena menutup aurat. So, aku pakai la tudung pegi kelas. Mula2 tu aku pakai hari ada kelas je, sekali ustaz aku cakap kalau dia nampak anak didik dia tak menutup aurat, dia nak potong markah. Sebab takut kena potong markah, aku sanggup pakai tudung beb bila pergi kelas. #skemahayam Kalau balik JB je, aku shopping shawl macam beli gulagula. Nmpk cantik sikit, sambar. Nmpk cam orang lain tak prnh pki lagi, sambar. Kalah adik aku yang pakai tudung. HAHA.

 roommates terbaik! :D


cik nanad dan cik pija *gegaq*


faces after lunch, miahaha

tapi entah macam mana, niat bertudung tu macam kena tiup angin. Hilang terus lepas habis matrik T____T

Aku terus hanyut dalam dunia aku, terus follow godaan syaiton! Aku suka hidup tak menutup aurat. Entah apa yang best tak menutup aurat ni pun aku tak tahu. Kan udah ku bilang, syaiton ni suka goda ke arah yang nggak nggak. HAHA. Selain salah syaiton, salah aku jugak. Sebabnya, aku terlalu pk-kan apa yang orang lain akan cakap bila takde-angin-takde-ribut-takde-tsunami, tuptup aku bertudung. Bongok tak sangat laa kan -___-

Masa exam month 1st semester aku pernah cuba try test pakai tudung. Ekau tau ape dorang cakap? Banyak dohhhhhhhh! Tapi aku senaraikan top 3 statement jela yg dorang cakap bile nmpk aku pakai tudung.

#1 Eh kau, sejak bile pakai tudung ni? Ikut pesen ape?
#2 Wei kau pehal pakai tudung, tak pyh aa nak tunjuk baik. *makandalam*
# 3 Sampai bile je kau nak pakai tudung ni?

PERGH, STATEMENT #3 YANG GWA PALING SIRAP BAI. GWA PUNYA HATI DAH CUTE DAH NIAT NAK PAKAI TUDUNG, SEKALI LU CAKAP MACAM TU, GWA DOWN SIOT. TAK TIPU AH, DARAH GWA TIME TU MMG CECAH 100 DARJAH CELCIUS. LU NAK SINDIR PUN AGAK2 LA DER, TAK PAYAH NAK DIRECT SANGAT!

*CAPSLOCK tanda marah*


Lepas je peristiwa tu, aku terus bukak tudung. taknak pakai langsung wei sebab aku taknak dorang ckp cmtu pasal aku. Tengok, sebab terlalu pikirkan apa yang dorang cakap aku sanggup langgar hukum Allah. Gilee jahil aku time tu #nangistakberlagu T_____T



Start 2nd sem, aku start niat balik nak pakai tudung. Aku start belajar sikit2 pasal agama, cari maklumat pasal bertudung dan semua yang berkaitan laa. Sampai satu tahap tu aku tgk kat wall fb aku penuh dengan notes pasal agama. Dari situ aku mula terfikir yang ni semua bukan kebetulan, mesti ada something ni. Kekdg benda2 ni mcm guide kite utk berubah and Alhamdulillah aku nmpk semua tu. Tak cukup dengan tu, aku tanya dengan membe2 aku yg bertudung. Salah sorg drpd yg aku tanya tu, dia jawab simple je

"Kau fikir ayah kau dengan adik lelaki kau. Dorang yang tanggung dosa kau tak tutup aurat. Sampai bila kau nak dorang tanggung?"

Masa tu aku rasa macam kena tersepit dalam runtuhan tanah, terus terkedu. Start dari situ, aku betul2 niat dalam hati yang aku nak pakai tudung bila balik JB. Aku diamkan aje niat aku tu, mama aku pun tak tahu. Lepas tu aku start la membeli belah tudung/shawl untuk aku pakai nanti. Sampai mak aku tanya,

Mama : Akak buat apa beli shawl banyak2 ni?
Aku : Saje2 je ma. Akak tgk cantik, akak beli la.
Mama : Habis bila nak pakai shawl ni?
Aku : Nantilah :)

Tak cukup dengan tekad nak pakai bila balik JB, aku tekad lagi, if aku break dengan boyfriend aku, aku nak pakai tudung terus. Agaknya laa pasal niat aku baik kan, betul2 aku break dgn dia. Bahaha. *sebenarnyatulahsalahsatusebabakunakbreakdengandia*

and Alhamdulillah, start aku balik haritu aku dah menutup aurat. Syukur dan tenang sangat bila menutup aurat ni sebab dah takde mata yang melilau tengok kita. uuuu I LOIKE XD



Sabah babyyy :-*

2 comments:

Muhammad Ameer Haniff said...

nice.suka gila post ni.may all women out there have the guts to break up with their bf and permanently wear hijabb :))
good job zana :)

Nur Syazana said...

we should pray for them, InsyaAllah :)