Saturday, June 18, 2011

Rahsia hati #01

Aku mahu mendirikan semangat yang jatuh,
mahu berdiri dengan kekuatan sendiri.
Berdiri tanpa kau yang dahulunya ke hulu ke hilir dengan aku,
Yang dulunya menjadi segala-galanya untuk aku.

Manusia selalu bilang : Setiap apa yang kita lakukan mesti didahulukan dengan niat yang baik, ditambah dengan doa, dilakukan dengan penuh usaha dan akhirnya tawakal.

Tapi kau tiada usaha. Kau hanya tawakal.

Aku rasa aku sudah usaha.
Menebalkan muka mencari cari kau.
Cuba untuk memulihkan keadaan.
Ternyata aku GAGAL, sepenuhnya.
Kau buat tidak endah.
Aku hilang punca,
Aku lemah,
Aku jatuh, seketika.

Dan sekarang masa untuk bangkit!

Alhamdulillah, aku sudah terjaga dari mimpi.
Aku sedar aku mesti meninggalkan masa lalu.
Aku harus terus berjaga dan mengorak langkah ke hadapan.
Cukup dengan apa yang telah terjadi.
Aku tidak mahu mengulangi kesilapan lalu lagi.
Mudah mudahan hari yang mendatang memberi seribu satu kebahagiaan.
Moga Allah memberkati hidup aku.
Amin.

No comments: